





Sejarah Kampung
Logo Kampung

Logo Kampung

Perutusan Pengerusi
Kampung Temelong Merupakan Sebuah Kampung Yang Sangat Penting Pada zaman Dahulu, Ianya merupakan Sebuah Pengkalan Utama Bagi Pembesar-Pembesar Negeri Untuk Urusan Rasmi antara Kuala Kangsar, Merah, Mukim Kenering Dan Juga Ke Grik Melalui Sungai Perak, Sehinggakan Pihak Inggeris Hendak Menjadikan Kg.Temelong Sebuah Pekan Dan Juga Mukim Didalam Daerah Hulu Perak, Tidak Diketahui Pula Mengapa Ditukarkan Ke Lenggong. Kalau Kita Lihat Sekarang Ini Nama Temelong Ada Tiga Tempat, IaItu Kampung Temelong, Mukim Temelong Dan Sungai Temelong Kedudukannya Berlainan Tempat. Kampung Temelong Terletak Di Mukim Lenggong Dalam Daerah Hulu Perak.
Mengikut Ceritanya , Pada Zaman Dahulu Ada Seorang Bernama Sekan Atau Lebih Dikenali Sebagai Tok Sekan, Beliaulah Yang Bertanggung Jawab membuka Kampung Ini, Setiap Pekerjaan Atau Aktiviti Yang Dilakukan Di dalam Kampong Ini Saling Tolong Menolong Atau Bantu Membantu Antara Satu Sama Lain, Atas Dasar Tolong Menolong Itulah Tok Sekan Telah Menamakan Kampung Ini dengan nama Kampung Temelong.
1. Warna Putih, Kuning dan Hitam : Melambangkan bendera Negeri Perak
2. Warna Biru : Melambangkan Sungai Perak
3. Simbol Orang : Melambangkan Perpaduan Penduduk
4. Simbol Rusa : Melambangkan Sumber Ekonomi Baharu Penduduk Kampung
5. Simbol Sampan : Melambangkan pengangkutan utama pada zaman dahulu sehingga kini dan masih digunakan oleh nelayan darat dan petani-petani di kampung ini
Bersyukur kita ke hadrat allah subhanahuwatala, kerana dengan limpah izin kurniaNya, kita dapat menambah satu lagi medium perhubungan maya diantara kita semua.
Selamat datang kepada pengunjung laman web JKKK Kampung Temelong. Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web JKKK Kampung Temelong kerana dapat menghasilkan laman web rasmi ini. Adalah menjadi harapan kepada semua agar laman ini dapat dijadikan sebagai rujukan kepada penduduk kampung dan dapat di layari semudah mungkin.
Dengan penghasilan laman web yang menarik dan dikemaskinikan secara berterusan, saya yakin dan berharap akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan , kebolehan dan kepercayaan masyarakat kita terhadap ICT serta membolehkan kampung kita menjadi bertambah maju.
Adalah menjadi harapan saya agar laman web JKKK Kampung Temelong yang dibangunkan ini dikawalselia dan diselaraskan dengan baik supaya integriti dan kecekapan dalam pengurusan tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran, penindihan tugas dan kerja-kerja berulang ulang. Melalui laman web ini, JKKK boleh memperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat diera teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat melalui emel elektronik atau pun mesej yang akan disampaikan.
Saya juga berharap penduduk-penduduk Kampung Temelong boleh membuat aduan terus dilaman web ini. InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak laman web ini akan dikemaskinikan secara berterusan dan dapat berfungsi sebagai laman rujukan untuk penduduk kampung .
Sekian.
Terima Kasih. Wassalam